Tuesday, October 18, 2011

Aku dan dia dah putus..




Assalamualaikum...

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah tak sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah tak mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun...

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”


beberapa bulan kemudian...

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tidak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur..”

-Alhamdulillah-



.AI.

Sunday, October 2, 2011

Luahan rasa buat Bakal Suami serta Imamku kelak..:')





Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya....

Bagiku, Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan aku masih mampu tersenyum, sambil berkata. aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...♥


Dariku...


Saya mahukan pertemuan kita yang pertama, saya kelihatan 'sempurna; di hadapan awak walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Saya cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus saya galas ketika dipertemukan dengan diri awak. Saya cuba membataskan perbicaraan saya dengan lelaki lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana risau saya menceritakan rahsia diri saya kepadanya kerana seharusnya awaklah yang harus mengetahuinya kerana diri awak adalah sebahagian dari diri saya dan ianya adalah hak bagi awak untuk mengetahui segala zahir dan batin diri saya ini..



Ketika saya merungkai bait-bait cinta untuk awak.....

Delapan tahun saya menunggu awak untuk menemani hari-hari saya

Dalam gelap malam, juga cerahnya pagi

Maka jika awak menemukan saya tak sesuai mimpimu selama ini

Percayalah sesungguhnya saya sedang belajar merajut mimpi itu….

Hanya awak seorang sahaja yang layak untuk saya..

Semoga awaklah insan persis seperti tercatat di Lauh Mahfuz saya...

Maka temani saya dalam ketaatan padaNya

Selalu bersama tak jemu berdoa kepadaNya

Agar hari ini saya akan menjadi isteri awak yang lebih baik dari hari kemarin

Dan agar esok hari awak akan menemukan saya sebagai isterimu yang lebih baik dari hari ini…InsyaAllah...


Buat bakal suami dan imamku kelak,

Saya akan tetap terus mendoakanmu..agar kita dipertemukan dalam satu ikatan yang sah dan melayari bahtera yang diredhaiNya hingga selama2nya..Aminn..


-AH-