Monday, March 28, 2011

Cupcakes dan 'Sore throat'..



suara saya dah macam uncle 'Ramli Sarip' dah nieee..jom duet lagu 'Doa Buat Kekasih..'eh tak nak lah..'Perjalanan Hidup' dah lama betul tak kene sakit tekak nie..Alhamdulillah..
dah selalu sangat Allah beri kita kesihatan..nak juga DIA uji kita dengan kesakitan yang sikit je tu..Allah kan mencintai hambanya yang bersabar..;D Ibu suruh norra makan ice cream banyak2..biar elok..hehee :DD
(rindu pulak orang yang selalu bagi 'strepsils' bila time2 sore throat ni..ok past sudah!)
erkk..

Sebenar-benarnya kan..norra tgh excited nak buat cupcake nie..dah kemaruk sangat tengok page cupcake orang..teringin pulak nak decorate yang sendirinya..sekadar kepuasan sebenarnya..hehehe tu lah!terpengaruh dengan color2 comel yang ditabur atas cupcake tu sebenarnya..kang mula lah..

"ala..tak nak makan lah..cute sangat nie..sayang nya nak makan.."

bukan itu yang menjadi persoalannya..norra nak buat cupcake sebab nak main color2..hehehe eh tak lah..sekadar nak mencuba dan menguji kebolehan diri..pandai ke norra menconteng-conteng cupcake tu..resepi sama je mcm nak buat kek..cuma topping tu je lah kene kreatif..:D

thanks to my beloved cousin..Syazwan aka Adam aka kenny aka Chef! sebab sudi berkongsi resepi dan memberi tunjuk ajar kepada saya yang baru nak belajar ni..:D Dia memang lah seorang yang mahir dalam bab2 masak ni..sodap lak ai..:DD norra check in rumah dia satu malam..memandangkan dah lama sangat tak pergi rumah dia..rindu pulak nak borak2 ngan anty dan uncle ku tu..mcm biasa..kalau dah duduk rumah dia..memang tak leh berdiet..makan sahaja..

"anty..uncle..norra memang boleh naik bertan2 kalau norra duk sini.." :DD

lepas breakfast..norra borak-borak dengan unty tentang tulisan brail..Allah lebih sayang kan penglihatan dia..but only one sight je..lagi satu sight tu hanya boleh nmpak sikit je..but kalau dia buat kije umah..mcm orang celik..sangat cekap! :D dia tunjuk pada norra surah yasiin dan tahlil dalam tulisan brail..tebal..sebenarnya sama je tulisan brail tu..yang mempunyai asas 6 titik dan dipelbagaikan..tulisan roman boleh..tulisan jawi boleh...tulisan muzik pun boleh..:D norra so proud with you anty..:D

"setakat mana lah kita yang secelik ni menghargai apa yang kita ada.." terdetik sekejap dalam hati ini..Muhasabah diri seketika..SubhanaAllah..=_="

balik rumah seremban agak kesenjaan sikit..sebab beli barang dulu nak buat cupcake..tapi tak jumpa cup dia..banyak kedai tutup..so..kene lah pegi ari ni..takpe..sabar ye norra...smpai umah..urut kaki ibu jap sambil bercerita..then on fb jap..terbaca status Omey aka adek perempuan yang sorg tu...tension2 lah mulak..huhu kesian lah pulak kat dia..

"ayah..esok kita tengok dia kat melaka la.." kata ku

"eh..kita pergi je lah malam nie..kesian pulak kat dia.." kata ibu

ayah ikut kan je..sayangnya mereka berdua pada anak2 memang tiada batas..ingatkan nak buat lah surprise kat omey tu..but nnt dia kata nak kirim barang lah apa lah...baik call je tanya dia ada ape2 nak bawak tak..kedengaran lah suara dia yang sangat happy 'gailer' tu..:D gerak pas isyak then balik dalam kul 11 malam gitu lah..lega hati Omey tu..jgn tension2 lagi ye dik..do well in ur exam..We love you!:DD

"esok saya nak masak macam inie lagi lah.." :D


p/s : sekadar gambar hiasan sahaja ye..yang real..InsyaAllah norra upload..

saya budak baru belajar..
kalau tak cantik,standard lah..:D
(lain benar bunyi pantun nie..)






Thursday, March 24, 2011

Sapu bersih semua A..Tahniah!





23rd March 2011..
hari bersejarah..terukir senyuman dan keharuan dalam keluarga norra..Setabur tahniah buat Ahmad Rashid Mustafa..kerana sapu bersih semua A yang ada..He got straight A's for SPM! 10 A's...norra join ibu ayah ge SASER..nak rakam lah ape yang patut..jadi 'camera lady' japp..ibu awal pagi2 lagi memang nervous..standard la kan kalau anak yang nak amik result mak ayah yang tak duk diam..

setelah ucapan diberi oleh orang2 terhormat..sesi memanggil nama dan upacara menyampaikan slip keputusan SPM pun tiba..norra duk belakang ayah dan ibu..so dapat lah melihat aksi mereka yang tidak henti2 untuk mendoakan terbaik untuk anak dia...Upacara dimulakan dengan memanggil nama pelajar2 yang mendapat straight 10A+..seramai 16 orang dipanggil..tahniah!! tahniah!! tapi dalam sibuk merakam tu...terpikir gak..bila nama amush nak dipanggil..hmmm..tiada..mungkin tiada rezeki..then..

"Berikut adalah nama pelajar-pelajar yang mendapat staright A's.."
(maksudnya..A+ ada, A ada dan A- pun ada...) waktu tu norra dah off video cam dah..fikir mungkin nama amush lambat lagi..

"AHMAD RASHID MUSTAFA BIN ZULKAFLI!"

haaa?kelam kabut nak on balik camera tu..haha tak sangka nama dia yang disebut dulu..ibu macam pelik..eh dia dapat berapa nie..norra pun mcm tak dengar sangat waktu tu..

"dia panggil ikut abjad agaknya ibu.."

"ohhh..."

tapi ternyata meleset sangkaan itu..sebab nama dipanggil tidak mengikut abjad..ibu dah memegang tangan norra dengan erat sekali..

"ehhh..betul ke amus dapat 10 A's.."

(air mata ibu dah berlinangan dah time tu..)

"tak pe ibu..jap lagi kita tanya dia ye..."

time tu amush excited sangat...meleleh jugak lah dia..ternyata dia sapu bersih semua A tu..

suatu ketika dulu..

"akak..amuh risau lah biology amush..trial amush dapat D..":(

dia memang tak minat membaca..memang tak leh amik medic lah..hehehe

"dont worry...usaha lagi..masih ada masa..akk tahu awak dah buat yang terbaik..InsyaAllah..":)

ternyata awak boleh..meskipun memperoleh A- untuk subjek Biology..kegembiraan ini turut dikongsi bersama rakan-rakan dia yang lain yang rata2 nya straight A's..Satu hadiah yang sangat bermakna buat ibu dan ayah...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Amush, this is just so beginning..teruskan kecemerlangan ini..selepas ini banyak lagi dugaan di luar yang harus awak tempuhi..Sabar, Usaha, Doa dan Tawakal..jangan lupa jasa ibu dan ayah selama ini yang tak putus2 bekerja keras dan mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya..akk doakan awk berjaya dunia dan akhirat...Aminn..tahniah amush! :D



-Ahmad Rashid Mustafa Zulkafli-

Friday, March 18, 2011

Nukilan Sahabat untuk Sahabatnya yang Kecewa..:')




Dikala diri sedang bersendirian di sini..mencari sesuatu untuk santapan rohani..dan akhirnya..ku temu kan ini..artikel yang sangat memberi kesan dalam diri ini..Ihsan daripada Mohd Syaiful Azlan, sahabat fb norra..

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai Sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…"

-Alhamdulillah-


Saturday, March 12, 2011

When The Heart start to say something..



High expectations may hurt you because in life whether you like it or not, things just happen any time it wants.

Time can heal a broken heart, but time can also break a waiting heart.

If u spend too long holding on to the the one who treats u like an Option, u will miss finding the one who treats u like a Priority.

Move on doesn't mean you'll forget all the memories. You'll still remember it, but it doesn't affect you anymore..







Sunday, March 6, 2011

Apabila diri Berdiri di sebuah Persimpangan..



Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...

Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

-Di Persimpangan Aku Berdiri-
EDCOUSTIC

Tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaan Allah..Sesungguhnya Syurga sentiasa dipagari oleh Kesusahan manakala Neraka sentiasa dihiasi oleh Kesenangan..Justeru, hadapilah Kesusahan yang Sementara di Dunia demi Kesenangan yang Abadi di Syurga..:D