Wednesday, December 29, 2010

Alhamdulillah..Kita dapat Menelefon-Nya Setiap Saat. :')


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.

Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.

Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.

Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.” Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.

"Silakan cuba lagi esok.”

atau…

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:

24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :

28443483

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul:

“Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W :

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



by Abu Hanifah.

Sunday, December 26, 2010

Apabila Akal dan Hati berbicara...


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Tuesday, December 7, 2010

Mampukah aku..


Sesungguhnya tiada siapa dapat menduga dengan siapa perasaan itu hadir...
kerana hati ini milik Allah swt...
Andai ia hadir waktu ku bersedia ataupun tidak...
Akan ku hadapinya dengan REDHA...
Boleh jadi ia suatu rahmat, mungkin juga satu ujian drNya...
Aku perlu tunggangi perasaan dengan IMAN dan TAQWA kepadaNya...

Andai benar dia milikku...biarlah keajaiban Allah yang berbicara...
Seandainya sebaliknya...pasti ada pengganti yang lebih mulia...
Andai pula diriku ditakdirkan sendiri selamanya...ku pasrah..
kerana ku tahu...rahmat dan kasih sayangNYA tidak kan putus buat hamba-hambaNYA....


Kepada Allah jualah tempatku berserah...

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..:D

Thursday, December 2, 2010

Berbicara sendiri..




Bismillahirrahmanirrahim...

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

"Assalamualaikum," sini.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sana.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sini.
"Pasal apa?" sana.
"Sibuk ke?" sini.
"Agak," sana.
"Ok," sini.
"Allah ada," sana.
"Tahu," sini.
"Allahlah tempat mengadu," sana.
"Ya baik," sini.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sana.

Senyap. Ada tangis di situ.

"Kan bagus kalau ade di sini," sini.
"Tak bagus pun," sana.
"Kenapa?" sini.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh, bila dekat asyik nak gaduh," sana.

Sini tergelak dalam sebak.

"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.

Sana senyap. Sini senyap. Dan titis itu tumpah juga.

Berjuraian.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga tabah hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..Amin.


Saturday, November 27, 2010

Sayunya...


Rasa terharu pulak hari ini..kenapa??

Sebab Hari Sabtu..rasa janggal pulak balik Shah Alam ari Sabtu..Selalunya alik ari Ahad..naik train..tak pun saing gendut saya..Bazilah..:D Ari ni..Bonda dan ayahanda norra yang menghantar norra alik Shah Alam..sebab tu terharu dari tadi..mana taknya..dari celiknya mata mereka pagi tadi sehingga malam ini..tak rehat2..Moga mereka selamat sampai ke Rumah Seremban..Amin..

Kisah si Ibu..

takpe...beli je..ada apa2 yang tak cukup tak??


ada ape2 yang nak kena beli tak??

duit tinggal berapa??

ni..ibu beli kan biskut..kalau awak nak ngunyah2 nnt..

itu lah ayat bonda ku yang sangat mengambil berat tentang keperluan anak2nya..serbesalah pulak bila difikirkan..tapi norra hanya pinjam je untuk belanja semua ini..sementara Ptptn masih belum dapat..Maaf ye ibu..norra menyusahkan ibu kala begini..Mudah2an makin murah rezeki ibu yang tidak pernah putus asa untuk mencari rezeki buat kami..tatkala menatap mukanya ketika makan...ketika ibu tidur..ketika ibu pulang dari kerja..SubhanaAllah..Sayu sungguh hati ini...Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasanya..

Kisah Si Ayah..

norra beli table coffee utk study..sampai je di rumah sewa norra..Ayah,tanpa berkata2..kerja pemasangan dimulakan sementara menunggu ibu solat maghrib..sangat tangkas..tanpa merungut sebarang apa pun..memang itu lah cara ayah...Diam2 je kije nya..tapi..jangan lah dipaksa untuk melakukan sesuatu..memang 'berapi' la dia nnt..:D Thanks ayah for everything...Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa2 ayah..

Kisah Si Anak.

kadang-kadang norra terfikir..boleh dan mampu ke norra membahagiakan mereka nanti seperti mana mereka tidak pernah pun merungut untuk memenuhi segala kemahuan norra..norra pernah jugak terfikir..tak nak kawen la..nnt norra sepenuhnya dibawah suami..dah tak bebas nak bermanja2 lagi dengan diorang..huhu boleh tak macam tu?? panjangke umur norra untuk membahagiakan mereka nnt??

Ya Allah...Jadikan aku hamba yang sentiasa taat kepada mu dan anak yang solehah kepada orang tua ku..dan Kau ampunkan lah dosa mereka serta Kau kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani ku ketika diriku masih kecil...Amin..

Tuesday, October 26, 2010

Mata Hati


"kenapa norra perlu menangis bila dengar lagu For The Rest Of My Life tu??sedangkan lirik lagu tu tidak langsung berunsurkan kesedihan.."

Hanya Allah je yang tahu apa yang Norra rasa sekarang nie..seperti biasa..kalau takde kije yang norra buat..buku2 dan laptop ni lah peneman ku..ada satu pengisian yang ingin sangat norra berbesar hati untuk berkongsi dengan korang semua..bila dilihat dengan sudut mata hati..InsyaAllah..kita akan lebih tenang menghadapi Dunia yang sementara ini..

1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.

5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.



SubhanaAllah..Indahkan..sentiasa norra berpesan2 pada diri norra tentang hal ini..bersabarlah..InsyaAllah..pasti ada hikmahNya semua ni..Kadang2 ada suatu hal yang kita rasakan ia baik buat kita..sedangkan Ia tidak baik disisiNya..begitu juga lah sebaliknya..

Ya Allah..Aku diuji lagi..mudah2an..aku beroleh ganjaran pahala daripadaMu..dan Kau berikanlah kesudahan yang baik buat kami..Amin..

Monday, October 25, 2010

Selamat Datang Kawan..:)


hampir tertinggal pulak satu fasa cerita semalam..tak kira..nak tulis jugak..I found new friends! yeay!macamana leh jumpa..mcm nie..

Semalam norra balik Seremban..driver gerabak tiga yang jemput..hehe dari Padang jawa..turun ke kl sentral..dengan berjubah hitam..dan beg hitam ku juga..norra di sapa oleh 2 Gadis yang chomel..

Gadis 1 : "excuse me miss..ermm.."

Gadis 2 : "maafkan kami...kami mau nanyak..kalau dari sini ke mid valley jalan kaki jauh nggak??"

Norra : "dalam 15 minit juga la..tapi,kalau kamu naik train..lagi dekat..satu stesen je..turun sahaja sudah sampai terus ke midvalley"

Gadis 1 & 2 : "terima kasih ya.."

Ternyata 2 gadis ini dari Indonesia..Norra apa lagi..teruskan perbualan sementara menunggu train sampai..Diorang datang bercuti di sini..selama 4 hari..u know what..the are taking Medic..Final year dah pun..release tension agaknya..diorg suka travel..wah..syok jugak..perkenalan yang singkat itu membuat kami jadi mesra..mereka mengambil gmbr norra tuk kenangan bersama..dan terus add norra tru facebook..memandangkan masing2 ada Bb..

Gadis 1: "kalau kamu mahu ke Jakarta nanti..bilang in kita ya..u can stay in my house."

Norra : "InsyaAllah..pasti norra akan ke sana juga suatu hari nnt.."

terus tertanam dalam diri ni..kalau ada rezeki, norra nak merantau dalam dunia Allah yang serba luas nie..menikmati keindahan luar..InsyaAllah..

i'm waiting for them to upload my picture with them in fb..kalau dah ada nnt..norra upload ye..they have such a beautiful smile..Mudah2an perkenalan yang singkat itu merapatkan ukhuwah kami lagi..Amin..

Fithri wrote this on my FB wall :

"norraaaaa..... really nice to meet u :)selama holiday ni,cm kamu wanita melayu yg tak sinis hahaha...entah knapa mereka susah sekali ditanya hahaha...takpe laa..mgkin afraid of stranger :Dthanks for helping us anyway...hope u enjoy ur holiday as well :)jangan lupa,text me whenever u want to come to Jogja..my house will... opened for u :)"

Deya wrote this :

"Bukan jogjak Nora..tapi jogja hahaha...senang bertemu denganmu..."

P/s : Buat Deya dan Fithri, Thanks for adding me as ur friend in Facebook. Hope u will become a Successful Doctor someday..Take care! :D

the story book without the ending.


from now on..norra tutup buku cerita tu without its ending..sounds weird rite??but..i dont know how to write the ending..yes..I got his call yesterday..and he told me that he happy with someone else..terkejut??mesti!mula2 baik je dengar...menjadi pendengar yang setia..but..lepas je letak call,norra jadi sebak sekejap..am i cry??NO! (lier.) but hati kecil ini berbisik..

"Its ok norra..dia layak mendapat yang lebih baik dari norra..dia layak mendapat kebahagiaan tu..Doa dan terus bertasbih dengan tasbih yang dihadiahkan oleh dia itu..moga pahalanya sentiasa berpanjangan.."

berjalan2 di parkson sekejap tadi smbil tunggu ibu dan ayah amik..tak sangka norra leh terserempak dengan dia..

"u..boleh tak i cakap yg i sekarang ni dah kurus??"

"eleh.. u tipu..tak caya langsung!i tak nak u kurus..u worked out ke??"

"betul lah..tak delah kurus..but susut sikit..tah..i kurang sikit makan lately nie.."

haahh lah abid..i percaya apa yang u bgtau i dalam phone semalam..u nmpak susut sikit...i nampak u naik escalator di depan watson..sorry tak tegur u..tetiba i jadi blank tak tahu nak buat ape..sehingga u hilang dari pandangan i..seram sejuk gak lah badan ni..

u pakai baju belang2..coklat hijau..baju yang u pakai masa kita bagi makan ikan, then makan keropok lekor sama2..kat citypark..ok stop!it past already norra..

Ya Allah, aku bersyukur sangat terserempak dengan dia..dan mungkin ini kali yang terakhir..

I'm happy for you Abid..dont worry..norra sentiasa simpan kenangan tu..thanks for being such a wonderful man for me..i dont know what other words to describe u.

buat Si Gadis yang berjaya tawan hati Abid..Please please and please take care about him..dia ni manja sikit..dont worry kalau dia marah..marah dia sangat sekejap..then dia cool semula..oh ye..pantau sikit kuantiti rokok yang dia hisap tu..sangat gerun bila mendengar 1 hari leh 20 btg rokok dia habiskan..it is not normal okey!i tahu rokok pun girlfren u jugak..tapi rokok tu tak leh jaga u bila u sakit nnt..hah..lagi satu bila dia sesak nafas..tu satu perkara lagi yang buat norra risau sangat..selalu serang lewat malam or pagi..sebab time2 mcm nie dia tak tidur lagi..jadi burung hantu..

last but not least...

errr..I'm happy for both of you.

.Noktah.

Tuesday, May 4, 2010

InsyaAllah...




never give up!
InsyaAllah.

Thursday, January 28, 2010

permulaan.

agak lama tak menulis.norra ingat nak buat ringkasan cerita je la.

1-BUDAK BARU
9.01.10.<--Tarikh nie sempena norra mendaftarkan diri belajar di tempat baru. somewhere in Shah Alam. kos ape? Degree in Medical Lab. ahh??tahu..dengar nama tu je macam 'wahhh' kan..macam budak medic plak norra rasa..act lebih kurang..tapi kos norra ni bnyk dalam makmal la..urine test.blood test.semua tu norra uji la nnt..berapa tahun?? 3thn setengah..ala..sekejap je tu..(think positive) :D

2-KAWAN BAIK
my bestBestbestFriend NURBAZILAH masih setia berada di sisi..kerana dia juga turut sama berjuang bersama norra dalam mencari ilmu..di tempat yang sama dan juga kos yang sama..

3-ORIENTASI
orientasi best!!MINGGU TEKAD SISWA. facy-facy sangat 'sehati sejiwa'.sesuai dengan tema minggu orientasi. semua LDK (Latihan dalam kuliah) act dlm dewan je..amat memberi kesan dalam diri ini..maklumlah tak dpt plkn..so feel nya lain sikit berbanding student yang dah pernah ke plkn..they said "boring."..hehehe dan yang paling penting..dapat ramai kan lagi ukhuwah yang ada.. (masih contact dengan facy-facy) :D
4-HOUSEMATE
norra duk hostel.satu rumah 8 org.Alhamdulillah.housemates norra semua best2!different courses dan umur yang juga bukan penghalang..dalam masa yang singkat kitorg can 'click' each other.

5-MAKAN
kalau dulu di kolej lama norra susah nak cari makanan tapi sekarang..MEWAH! pilih je la yang mana satu.sedap tak sedap je.. hai..tak berasap la dapur nmpaknya..tapi still kene control jugak..;))

6-JAPANESE
norra kene belajar bahasa jepun!exciting and best! 'ohayogozaimas', 'sumimasen' , 'hai dozo' , 'aisheteru' oops!hehehe 'Sensei' (Cikgu) Rosli (my Japanese lect.) anggap kitorg kindergarten student. nanti kene interview, buat drama..wow!challenging!


rasanya dah merangkumi semua tu..enough for now..do pray for me guys. thanks.
Salam.



"THE LAST CHOICE IS THE BEST CHOICE"
- Mr.Lim Seong Pek (Norra's Lect.)