Wednesday, January 26, 2011

PATAH HATI? aka BROKEN HEART? say NO! :D




Sahabat..Pernahkah dirimu patah hati??

Patah hati kerana pernolakan , pengkhianatan ataupun perpisahan?
Patah hati itu sungguh menyakitkan,memilukan dan mematikan..
(menurut ku kalimat ini hanya sesuai untuk orang-orang yang tidak percaya akan janji Allah..)

Patah hati itu lebih sakit dari sakit gigi dan lebih sakit dari ditusuk belati..ehm menurut saya kalimat ini sepertinya hanya sesuai untuk orang-orang yang belum pernah sakit gigi dan belum pernah ditusuk belati..

menurut survey, patah hati itu menyedihkan tapi..Saya tertanya-tanya sendiri "Apakah hati kita benar2 bisa patah?" atau hanya ungkapan sahaja..hanya dimulut sahaja..merasa sakit hati dan kemudian berkata "Aku patah hati" atau "broken heart"..

Sahabat..jika kita memang benar2 terasa ada yang patah di hati atau patah hati kerana pernolakan, pengkhianatan dan perpisahan atau ditolak dikhianati ataupun dipisahkan..ingat kalimat ini..

"Allah tak pernah salah dalam pilihan2NYA terhadap kebaikan kita,Apa yang menurut kita baik, belum tentu baik menurutNya, apa yang menurut kita buruk belum tentu buruk menurutNya.Namun percayalah..apa yang menurutNya baik sudah pasti baik dan apa yang menurutNya buruk sudah pasti buruk.Kerana DIA Yang Maha Mengetahui.."

Sewaktu seseorang yang kita harapkan tidak memberi respon yang baik terhadap harapan kitam,atau seseorang menolak kita, bahkan seseorang itu memutuskan untuk berpisah dengan kita, janganlah bersdih hati, jangan lah merasa patah hati..jika sudah tahu patah hati itu menyedihkan, buang sahaja rasa itu dan menjauh kan diri dari patah hati itu..lalu jangan pernah lupakan kalimat ini..

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji..dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." An Nur : 26

Sehingga apa yang harus disedihkan? Jika seseorang itu tidak diizinkan Allah untuk bersanding dengan kita bererti Allah telah menyiapkan bidadari atau pangeran yang jauh lebih baik dari kita anggap baik dan berperasangkan baiklah kepada Allah..nantikan janjiNya yang akan memberikan yang TERBAIK untuk kita..

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari Air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan)"
Faathir : 11

Sahabat..Pasangan kita sudah disiapkanNya..Jodoh itu sudah disiapkanNya..Percayalah..
Jika kita ingin mendapatkan seseorang yang baik..maka jadilah orang baik..

"Seseorang lelaki jangan pernah mengharapkan kan pasangan seperti Khadijah, Fatimah atau Aisyah jika sifatnya masih tidak pernah berubah untuk memperbaiki diri untuk menjadi lelaki yang baik.." "Seseorang wanita jangan mengharapkan pasangan seperti Muhammad atau Ibrahim jika sifatnya masih tidak pernah untuk berubah dan memperbaiki diri untuk menjadi wanita yang baik.."

"Perbaiki diri bererti mengundang kebaikan Memperburukkan diri bererti mengundang keburukan"

Pesan ku pada mu sahabat dan juga beribu kali buat diriku ini..

"Say NO to heart broken dan Jangan Bersedih.."

-DSC-

Thursday, January 13, 2011

Jauhkanlah Rindu ini..




Bila rindu kembali menjengah,

Menyusup datang melalui sekeping gambar,

Begitu terasa bibirku bergetar,

Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,

Menggigil dalam bahang tengah hari,

Ku sentuh pada bibirku,

kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,

Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,

Warnanya pucat membiru,

Tiada kilauan dalam mata,

Tiada cahaya pada wajah.

Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',

Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',

Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,

kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,

Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,

Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,

Jika rindu yang sama bertandang,

Akulah insan paling bahagia.

Kini,

Jika rindu yang sama bertamu,

Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,

Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,

Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,

Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,

Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,

Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,

kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,

Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,

kerna aku takut pada bayangannya,

Kerna ku tahu jatuh cinta itu,

Hanya bisa pada Tuhan,

Kerna ku tahu nafsu ini,

Sering membawa ke arah kejahatan,

Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,

Ku mohon,

Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,

Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,

Cinta yang kekal dan abadi.


-ILuvIslam-

Sunday, January 9, 2011

betul awak sayang saya??




Di suatu malam depan panggung wayang…

"Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?"

"A’ ah xbosan. Best!"

"Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy yang awak mengantuk?"

"Errr~ hehe.."

"Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td."

"A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni."

"Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?"

"Errr~ hehe.."

Mereka pun menuju ke i-City..

"Awk, sy cantik x?"

"Awk kn syg sy..mestilah cantik.."

"Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?"

"Errr~ hehe.."

Mereka pun tiba di i-City..

"Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu."

"Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk."

"Boleh ke rapat-rapat ni?huu"

"Takpe de..awk kn awek sy.."

"Awek je..bukan isteri yg sah.."

"Errr~ huhu.."

"Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak."

"Alaa..upload la terus dalam fb."

"Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu"

"Errr~ huhu.."

Mereka pun pulang..

“Awk, awk syg sy x?

"Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa"

"Buktinya??"

"Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe"

" Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu"

"Eh..errr~ huhu"

"Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin."

"Eh..mestila! hehe"

"Tapi awk tipu sy!huu~"

"Eh..kenapa plak sy tipu awk??"

"Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam."

"Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!"

"Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~"

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

"Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???"

"Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah.."

"......"

Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk DIRI yang TERAMAT HINA ini..


-InArelationship-

Diri terlamun seketika..




Dimalam yang sesunyi ini.. Aku sendiri tiada yang menemani.. Akhirnya kini ku sadari.. Dia telah pergi tinggalkan diriku.. Adakah semua kan terulang.. Kisah cintaku yang seperti dulu.. Hanya dirimu yang ku cinta dan ku kenang.. Didalam hatiku takkan pernah hilang.. Bayangan dirimu untuk selamanya.. Mengapa terjadi kepada dirimu.. Aku tak percaya kau telah tiada.. Haruskah ku pergi tinggalkan dunia.. Agar aku dapat berjumpa denganmu..

Kupasang headset ditelingaku untuk mendengar lagu ini.. ku buka semua pintu pintu cakrawala dalam diriku seakan ingin kubiarkan bait demi baitnya masuk memenuhi seluruh rongga tubuh.. Dan sejenak kupejamkan kedua mataku untuk mengingat dirimu yang pernah kujumpai diwaktu itu hingga waktu juga yang memisahkan antara kau dan aku.. Langit pun tertutup mendung, matahari itu tak nampak hanya bayang bayang yang selalu mengikuti kemana kaki ku melangkah melanjutkan perjalanan sunyi ku untuk mencarimu kembali.. seperti waktu itu..

Hingga lelahku berjalan mengarungi luasnya waktu, terduduk ku terdiam seakan angin pun berhenti berbisik.. Jiwaku tertunduk tersungkur bersujud dan semakin tenggelam dalam samudera kesunyian.. untuk ku mencarimu hingga di dasar palung hati.. yang ku yakini kau hidup disana.. bersemi di dalam kalbu..

" Tenggelam dalam kesunyian menunggu akhir itu tiba.. bersama cahaya sampai akhir nafas.. di saat itu kan ku buka kedua mataku.. yang ada adalah dirimu dihadapku seperti dulu.. "


-InRelationship-

Friday, January 7, 2011

Hendak lari dari masalah??itu bukan penyelesaiannya..

Manusia dan masalah, adalah ibarat saudara kembar. Tiada manusia yang hidup tanpa masalah. Cuma, dia hendak mempamerkan masalahnya, atau tidak sahaja. Kebanyakan orang, apabila menghadapi masalah, dia sukar hendak mengekalkan ketenangannya. Hal ini membuatkan manusia banyak mengambil jalan penyelesaian yang silap. Lebih buruk lagi, ada yang terlalu tertekan, hingga bertindak menamatkan nyawa sendiri.

Kenapa?

Sebab bila ada masalah, atau terbeban dengannya, manusia yang tidak sabar, biasanya hanya akan nampak satu sahaja jalan penyelesaian. Melarikan diri dari masalah. Adakah konsep ini benar?

Siapa saja pernah menghadapi masalah sedemikian. Terlalu banyak masalah bertimbun di hadapan kita , sehingga kita rasa agak tertekan untuk terus berurusan dengan masalah-masalah kita . Ketika itu, kita hanya nampak satu perkara: Melarikan diri dari masalah. Kita berhajat meletakkan jawatan kita sebagai pengawas sekolah ketika itu. Akhirnya, kita bertemu dengan guru kaunseling .....apa yang dia cakap?

“ Awak nak berhenti? Awak tahu tak, manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya akan semakin lama semakin kuat?”

Ketika itu, kita macam nampak celahan sinar yang menyenangkan.

Masalah sebenarnya, bukanlah untuk kita melarikan diri darinya. Tetapi, adalah untuk kita berusaha menyelesaikannya. Masalah hakikatnya tidak akan selesai, atau hilang, jika kita sekadar melarikan diri darinya.

Contoh, seorang pelajar tertekan dengan kerja rumahnya yang banyak. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidur kerana terlalu tertekan. Tidur kalau sekadar sepuluh hingga dua puluh minit, tidak mengapa lagi. Tetapi tidur sehingga tidak buat langsung kerja-kerjanya. Apa yang akan jadi pada pelajar ini?

Ya, dia mungkin bermimpi indah, dia mungkin akan rasa tenang dalam tidurnya, tetapi, bila dia membuka matanya, apakah yang akan dia hadapi? Kerja rumahnya yang bertimbun banyak, dan masa yang telah tinggal sedikit, serta hukuman dari guru yang menanti jika kerja rumah itu tidak disiapkan.

Lihat, bukankah melarikan diri dari masalah itu hanya mengundang keburukan? Itu dalam masalah kerja sekolah, bayangkan kalau masalah itu berkenaan negara, atau berkenaan kehidupan kita, bagaimana agaknya? Mungkin konsikuensinya lebih besar jika kita melarikan diri. Maka, lebih baik kita hadapinya dengan usaha, dan cuba menyelesaikannya.

Berbanding bila kita gagal dalam usaha, dengan tidak berusaha langsung, maka tidak berusaha langsung itu lebih teruk. Hal ini kerana, kita tidak mencuba langsung. Kemungkinan untuk berjaya itu masih ada, walaupun mungkin hanya 0.0001%. Tetapi, kalau kita langsung tidak berani untuk berusaha menyelesaikannya, walaupun kemungkinan untuk berjaya adalah 99.9999%, kita telah menukarkan persen itu kepada 0%.

Jika kita gagal, atau tidak dapat menyelesaikan masalah kita, atau kita mampu selesaikannya, semua itu akan menambah pengalaman kita untuk kita hadapi masa hadapan. Kemungkinan, ada masalah lain, ataupun masalah yang lebih kurang serupa, akan kita hadapi. Jadi, dengan pengalaman berhadapan dengan masalah, dan cuba untuk menyelesaikannya, kita akan mampu menghadapi masalah pada masa akan datang itu denngan baik.

Kata-kata orang yang memberi pendapat dan pandangan pada hakikatnya memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Pada kita , kata-katanya itu amat bermakna untuk kita renung-renungkan.

Dari menjadi seorang yang pengecut, dan langsung tidak berani berhadapan dengan masalah, lebih baik kita menjadi seorang yang berani, dan tidak takut untuk gagal.

Kita ini, bertanggungjawab untuk berusaha, dan natijahnya adalah daripada ALLAH SWT. Jika kita berhenti berusaha dari menyelesaikan masalah, apakah beza kita dengan mereka yang tidak percaya akan kebaikan natijah pemberian ALLAH SWT?

“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan orang-orang kafir” Surah Yusuf ayat 12.

CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa"

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai,

walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain,

mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

-LA-