
"ambil angin ke??","ambil masa??","cari ketenangan??","tak nak kawan lagi ke??"" tu sebab delete Facebook??" takde lah..kebetulan minggu ni berderet2 mid term dan presentation..so deactivate sekejap je..dah settle semua nnt..norra activate lah balik..
Buat seseorang di sana..
"awak jangan risau ye..saya tak block awak lah..InsyaAllah..kita bersua kembali nnt..dan berkongsi ilmu lagi..masuk hutan baik2 ye..Semoga Allah merahmati Awak dan rakan2 yang ke kampung asli tu..ajar dengan penuh semangat tau! eh..telinga diorang panjang2 tak??hehehe"
mata dah macam panda..tapi takpe..demi Ilmu Allah ni..ku gagah kan jua..:) ohh ya..tadi ada waktu rehat..cari santapan untuk rohani..dan norra jumpa ini..dari blog Mohd Rusdi Ramli..sahabat norra..:)
Cinta mencintai dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu maka sudah tentu kelembah hina yang dituju..
Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita soleh atau solehah supaya insan yang Allah tentukan buat kita nanti juga begitu dekat dengan Allah.
Kita wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk Islam yang tercinta, selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya. :')
thanks sahabat atas perkongsian kata-kata ni..dulu norra pernah terfikir tak nak fikir langsung pasal ni! biar dia datang sendiri..tapi bila fikir balik..sebenarnya kita yangkene cari orang tu..sebab orang tu takkan turun dari langit pun..bila dah jumpa..doa pada Allah supaya didekatkan jika dia memang untuk kita..dan begitu juga sebaliknya...semuanya atas pilihan kita..dan sudah tentu pilihan yang kita buat tu, Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita..Jika kita rasa dia baik untuk kita tapi Allah kata tidak..maka ia takkan jadi..kalau kita rasa dia tak baik untuk kita tapi Allah kata ya..maka dia untuk kita lah..
Dua hati diketuk dengan persahabatan,
dua hati dikunci dengan pernikahan
berlayarlah dua hati ini terus ke syurga..
demi mencapai cinta Allah, cinta yang abadi
Amiinn..:')

salah satu benda penting dalam hidup norra..dah 5 tahun dah keychain nie sama2 menuntut ilmu..kenapa 47?? because..that is my fav number! :')
No comments:
Post a Comment