akak ada message tadi..
sambut yanni..yg leka berfb.
ohh..ye ke..thank you..
tengok phone..got one message
T. tengok email..
msg from kanda,
Ahmad.
tanpa fikir panjang..pinjam laptop yanni yang sememangnya dah on..
and..tupp!
sekadar ingin berkongsi sedikit doa yg b bt..
Bismillah
hirrohman nirrohim..
Segala
puji bagi Allah, tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan serta rasul utusan, begitu juga keluarga dan sahabatnya
kesemuanya.
Ya Allah,
ampunilah diriku, dosa-dosa ku, kedua-dua ibu bapaku. Rahmatilah
mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sedari kecil lagi,
begitu juga kesemua muslimin, muslimat, mukminin, mukminat yang hidup
dan yang mati dengan rahmat-Mu wahai Allah. Tuhan maha pengasih dan
maha Penyayang.
Ya Allah,
apa- apa yang telah Kau putuskan terhadap ku daripada sebarang
urusan, jadikanlah penghujungnya sebagai petunjuk. Sejahterakanlah
akal, iman dan keyakinan ku, begitu juga segala apa yang telah Engkau
nikmatkan ke atasku dengan nikmat-Mu wahai Tuhan yang Pengasih lagi
Penyayang.
Ya Allah,
Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan bagi ku di tempat ini dosa
melainkan Engkau ampunkan, dan tidak ada dukacita melainkan Engkau
lapangkan, tidak ada hutang melainkan Engkau jelaskan, tidak ada
sakit melainkan Engkau sembuhkan, tidak ada kefakiran dan kemiskinan
melainkan Engkau beri kekayaan, tidak ada orang jahil melainkan
Engkau ajari dia, tidak ada musuh melainkan Engkau beri kemenangan,
tidak ada keaiban melainkan Engkau tutup, tidak ada orang mati
melainkan Engkau rahmati dia, tidak ada keperluan di dunia dan di
akhirat hanya semata-mata yang Engkau redai, tidak ada kebajikan
untuk ku melainkan Engkau tunaikan
Ya Allah,
wahai Tuhan ku, hidupkan ku dengan iman, matikan ku dalam iman, serta
masukkan ku ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah,
akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya
Engkau akhirkan umur ku dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah,
ya Tuhan ku, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman ku sesudah
Engkau kurniakan kepada ku petunjuk. Anugerahilah ku rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai
Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia ini dan juga di
akhirat, dan peliharalah ku daripada azab neraka.
Semoga
Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh
alam.


No comments:
Post a Comment