Sekadar perkongsian..
bila tengok tayar kereta..tayar motor..kita boleh nampak ia berpusing kan?? bukannya statik je kann??
begitu jugak lah kehidupan.. tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. Allah tu kan Maha Adil..Hanya DIa yang tahu mana yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..norra sentiasa pegang ayat ini..
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu Allah mengetahui sedang kamu tidak."
-Al-Baqarah: 216-
Ada tikanya kita mahu teriak memberitahu satu dunia bahawa kita terluka..dah lama bertahan sehinggakan tiada daya lagi untuk berjalan, luka seolah-olah berdarah tiada hentinya. Jika direnung dari sudut positif, Setelah sekian lama kita memendam, rupanya Allah izinkan juga kita tempuh jalan itu dan itu adalah "keputusan terakhir" yang terbaik untuk kita. Pasti!
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan..orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kita sedar bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.
orite..cuba renung sejenak apa yang di'list'kan ni...
orite..cuba renung sejenak apa yang di'list'kan ni...
Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu kerana kebahagian kita tergantung pada orang itu.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu tanpan, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya."
Peringatan..
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung pada orang itu.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang tampan, yang cantik dan yang teristimewa itu belum tentu yang terbaik buat kita.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, DIA telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang kerana saat-saat indah itu hanyalah tinggal masa lalu, yakni tiada lagi sekarang.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata "tiada lagi yang dapat dipertahankan."
Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa. Namun kita telah memahami sesuatu:
Segala Sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan..
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu??
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya segala kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu berharap"
(QS.94: 1-8)
Seperti kata orang bijak..
Kadang Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita besyukur akan KurniaNya dan belajar sesuatu daripadanya.
InsyaAllah.
-DSC-


No comments:
Post a Comment