Friday, October 5, 2012



Santapan Rohani diri ini terutamanya..dan untuk awk juga wahai pembaca yang budiman..

Currently background  music : Kiss the rain by Yiruma

“Sesungguhnya Allah yang memberimu kecukupan pada hari kelmarin, Dia pulalah yang akan memberi kecukupan kepadamu pada hari esokmu”

By
 Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

Diriwayatkan oleh Atha ibnu Abi Rabah. Ia berkata:

 “Ibnu Abbas Radhiyallahu  ‘anhuma berkata kepadaku:

“Mahukan aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?”

Aku menjawab : 

“Mahu!”

beliau berkata:

Seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah SAW, kemudian berkata:

“Sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku. Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku.”

Rasulullah SAW bersabda  maksudnya:

“Jika engkau mahu bersabar, engkau akan memperolehi syurga. Namun jika engkau mahu sembuh, aku akan berdoa agar Allah SWT menyembuhkan penyakitmu.”

Dia menjawab: 

“Aku memilih untuk bersabar. Namun auratku sering tersingkap tanpa kusedari, maka berdoalah kepada Allah aagar aku tidak demikian.” 

Lalu baginda pun mendoakannya. (Muttafaqun ‘alaih)

Wanita ini adalah seorang yang mukmin lagi bertakwa. Dia redha dengan cubaan yang selalu menimpanya dalam kehidupan dunia yang fana’ ini kerana mengharapkan syurga sebagai imbalannya. Sesungguhnya dia beroleh keuntungan dalam jual-belinya sehingga ia menjadi calon penghuni syurga. Akan tetapi, dia menolak  bila orang lain melihat auratnya saat ia dalam keadaan ayan, kerana hal ini tidak layak bagi seorang wanita muslimah yang pemalu lagi bertakwa.




 Terima Kasih Allah, kerana cintaMu yang begitu indah, sehingga Kau menghadirkan perkara-perkara yang terindah dalam hidupku. Tidak kira baik atau buruk, norra pasti setiap satu daripadanya memberi hikmah yang sangat berharga buat diri norra sendiri. Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu terdapat tanda yang menunjukkan bahawa Allah itu Esa.

“Berhentilah merasa gelisah, bersabarlah hadapi kenyataan hidup dengan tabah, lakukanlah sesuatu untuk kehidupanmu.”


Fighting norra! Fighting! 

No comments: