Saturday, October 10, 2009

Ku Mohon...



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

(korus)
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Ini adalah bait-bait lirik Lagu Ku Mohon by Sheila Majid..yang mendodoi norra sebelum tido..dan smpai la norra tertido..liriknya sangat membawa makna yang mendalam ke atas diri yang bernama Norra..

Dua tiga hari ini memang agak serabut..biarlah ia menjadi rahsia antara norra dengan Yang Maha Mengetahui..Kadang-kadang ada benda yang kita terpaksa sembunyikan dari orang lain..walaupun orang itu tersangat lah rapat dengan kita..Sorry dear..i have to do this..tersepit..tersiksa..biarlah..Norra tahu Allah Maha Penyayang kepada hambanya yang bersabar..InsyaAllah..

Jumaat. 09.10.09.
Bazilah kata cantik tarikh ini..Sorry syg tak reply ur msg..i need my space hari itu..Bangun pagi..masak tengahari awal..Dengan berbaju kurung..lepas ayah sembahyang jumaat..norra minta ayah menghantar norra ke Terminal One..saja nak berjalan..Mencari apa yang hilang dalam diri ini..KEKUATAN..orang cakap bahaya kalau jalan-jalan seorang di situ..banyak aura yang tak baik..Norra gagah kan juga..konon nak shopping..tapi tak de benda yang berkenan..norra terjumpa satu kedai..di aras paling bawah sekali..depan kedai kain..Kedai Buku Sinar Timur Bakti..yang merupakan sebuah kedai buku yang bercorakkan agama..hampir satu jam jugak la norra membelek dan membaca buku di situ..Tetapi hanya satu buku yang ingin norra membelinya.."Rahsia Mengenal Nafsu dan Cara Mengawalnya" by Imam Al-Ghazali..sangat menarik!dilengkapi juga tentang Riwayat Hidup, Petua, Nasihat dan juga Doa-doa dari Imam Al-Ghazali..

norra terus berjalan..berjalan..berhenti di kedai kasut..semua kedai kasut!memandangkan norra mmg suka membeli kasut..tapi tak de satu pun yang berkenan..pelik..padahal memang norra pernah aim pun satu kasut tu..bila pergi tengok balik..terus tak cantik..Sorry Anty..dah tak tahu nak pergi mana..sebab dah lama giler tak pergi Terminal One..waktu form 5 tu rajin la..Kaki norra terus berjalan membawa diri ke tingkat yang paling tinggi di Terminal One terus ke Sebuah kedai buku juga.."POPULAR" memang popular pun kedai nya..tapi dah tak banyak koleksi.."Self Enrichment" ataupun buku yang bercorak Motivasi..but then..norra terus ke bahagian kitchen..di mana buku yang bercorakkan masakan..rambang sungguh mata ini!hah..yang bestnye..norra membelek sebuah buku masakan ni..sekali buka "PAJERI NENAS"

awak tahu tak pajeri nenas??


hmmm..pernah makan..ibu pernah buat..tapi jarang la..kenapa?

wah ..itu lauk orang tu..tahu
buat tak?


boleh je nak buat..tapi kene cari resepi balik la..sebab dah lama tak buat..


wahh..sedaappnya..


hehehe awak baru je menyebut2nya..Norra terjumpa pulak resepinya..selepas setengah jam juga norra di situ..norra membeli dua buah jenis buku resepi..Resepi yang berunsurkan Ikan dan Sayur (termasuk pajeri nenas tu). Memang seronok!rasa nak beli semuanya je..

Selepas tu..jam menunjukkan hampir 4 ptg..norra bergegas ke suatu tempat..tak tahu sempat ke tak untuk berjemaah bersama..memang dah niat nak ke sana..dah lama dah tak ke masjid tuk berjemaah..Tapi sayang..semasa menapak..azan Asar kedengaran..Norra berhenti sekejap untuk menghormati Azan..nak pulak waktu tu kasut buat hal..Dugaan betul..Sampai Seremban Parade..norra beli selipar baru..senang!hehehe then norra pergi juga ke Rumah Allah ini..Ya Allah..sungguh lama aku tidak ke rumah itu..norra sembahyang berseorangan di tingkat bawah..niat tuk sembahyang berjemaah tidak kesampaian..tapi tak mengapa la..berada bersendirian di Rumah Allah itu pun sudah baik bagi norra..Ya Allah...

hampir sejam juga norra di situ..Norra berkemas tuk teruskan berjalan..di depan Masjid Negeri ada sebuah tasik..kebanyakkan orang jogging dan bersantai di situ..Seronok melihat ragam orang..berkawan..berkeluarga..Sungguh Indah Ciptaan Yang Maha Esa..dan berhentilah norra di satu tempat..sebuah kerusi yang mengadap tasik..sangat Indah!Tenang..tenang setenangnya air di tasik itu..dan angin sepoi2 membelai tudung norra..Kuasa Allah..Seperti Angin..kita tidak nampak DIA..but we can feel it..tentang kehadiran DIA di sisi kita..Setiap Masa!

Sambil enak membaca isi2 buku 'JANGAN BERSEDIH.JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA' by Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni..sebuah penulis yang sangat hebat!norra ditegur..

awak buat apa kat sini..


haaaah???AHLAM!tak terkata la waktu tu...memang terkejut dengan kehadiran dia kat situ..sebab dia mengatakan dia di Kompleks..tapi..memang kebiasaan dia pun berjogging di tasik ni..

err..hah..saje..jalan2..bosan pulak duk rumah lama2..kata kat kompleks..

baru je lepas..jogging kat sini pulak..Awak kenapa? macam ada masalah je..tgk muka pun lain..macam tertekan je..selalunya rilex je..

eh ye ke..tgk muka pun dah tahu ye..tak de ape la..

nape off hp?


err..please tak yah tanya..rasa nak ruang..ruang tuk diri ini berfikir..itu aje..tak de masalah apa2 pun..


hmm..ok.


masing2 hanya diam..hanya menyaksikan suasana tasik pada waktu itu..Norra masih terkejut dengan kehadiran dia di situ..Norra ditinggalkan sendirian semula memandangkan dia harus ke tempat lain..dia ingin menghantar norra..tapi..norra tolak..memandangkan norra betul2 inginkan ruang..thanks yg!

Jam hampir ke 7...waktu maghrib..kedengaran di corong peti suara di Masjid Negeri kemerduan suara Qari yang melagukan Al-Quran..sangat indah!dan membuatkan diri ini terus mendekati suara itu..Norra ke Masjid itu lagi..Alhamdulillah..kali ini norra dapat berjemaah dengan yang lain..Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..norra bersyukur sangat..tak pernah rasa setenang itu..

awak kat mana?

depan masjid lagi..


aduhai..risau pulak ni..


InsyaAllah..tiada apa yang berlaku..


after few minutes..

dalam kereta ayah dah ni.Tak perlu risau lagi.

ok.nak masak sekejap!


Wah!nak pinjam buku resepi orang?hehe
Selamat Memasak Chef! ;)

dalam kul 8..ayah menjemput norra di Masjid Negeri..lepas tu jemput ibu di Terminal One..
then balik..mandi..dan panaskan lauk tuk ibu makan..Ibu puasa hari tu..tapi..ibu dah tidur kepenatan..tak sampai hati nak kejut ibu yang sedang lena..norra kucup ibu dan biarkan sahaja ibu tidur...Norra makan bersama Kamil, adik norra yang kecik..
(dia pun dah tertido2 dah tu..tp norra kejut gak dia..suh teman norra makan..sebab seharian norra tak lalu makan..minum air je..hehehe) thanks kamil!temankan akk..

daripada Imam Al-Ghazali:

"Tidaklah ada kecintaan pada kemegahan dari hati selain dengan mengasingkan diri manusia, lari dari bercampur-baur dengan mereka dan meninggalkan apa yang melebihkan kemegahannya dalam hati mereka."

dan

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"

akan norra memandang semua ini dengan Mata Hati..InsyaAllah..ada hikmahNya..

InsyaAllah..







No comments: