Thursday, October 1, 2009

Raya 2009 part 1

Best!best! raya tahun nie..Alhamdulillah.baik belah ayah mahupun ibu..syok giler..yang pastinya nenek dan wan la orang yang paling gembira kerana hampir kesemua anak-anak mereka balik beraya bersama..belah ayah 11 org adik beradik..belah ibu lak 13 org..norra baru terfikir, tu untungnya kalau ada anak ramai kan??dah macam kenduri..

3 hari sebelum raya, norra bersama keluarga 'mantai' aka persiapan menyambut raya dahulu di rumah wan di Kuala Pilah!.Masak kuah kacang..lemang..rendang daging nogori!memang best la..wan hanya bagi arahan je..anak menantu dan cucu-cucu dia je yang buat kerja..syok!yang paling best buat rendang nogori la..guna kayu api..wan kata lagi sedap aroma nye..masa nak menghidupkan api tu punya la seksa..nasib baik ada Pak Uda..pakar dalam bab-bab nie..Tapi kan..lama gile masaknya rendang daging nogori nie tau..bayangkan dari kul 3 ptg smpai 9 malam tak silap..tu pun masih nak tunggu kering lagi..pergh..memang org yang kacau pun bersilih ganti la..amik shift masing-masing..hehehe tapi tak dinafikan..hasilnya memang terbaik la!sedap giler dapat makan rendang daging nogori ni..hah..pas tu ada sesi main mercun..seperti biasa pembekal utama, Pakcu..siap bawak paip tuk buat meriam paip!first time norra tgk..kitorg dalam rumah je pun..tapi bunyi nya macam satu bandar la leh dengar..kuat gile!main lawan-lawan dengan kampung sebelah..hahaha

esoknya raya..Keluarga norra tahun nie berkonsepkan Hijau Saujana Mata Memandang..hehehe ayah suka hijau..kitorg ikutkan aje..selepas sembahyang raya, semua saudara menjamu selera..selepas itu bersalam-salaman..ke kubur arwah atuk then lepas Zuhur kitorg gerak alik ke umah nenek belah ibu..Ulu Tiram Johor Bahru! first time balik umah nenek pada hari raya pertama dengan lengakap berbaju melayu dan berbaju kurung..Cantik!Tiba di sana hampir maghrib..Ayah terpaksa parking kat tepi jalan sebab parking umah nenek pack dengan kereta saudara mara yang lain..Salam-salaman..then terus masuk dapur..amik shift basuh pinggan!hahaha

esoknya kitorg beraya di rumah uncle Wa..dia wat open house..dah macam kenduri dah rumah dia..penuh dengan orang..murah rezeki dia kan..best makan mee rebus with air bandung soda..memang raya nie makan sahaja..diet??ape tu?haha tak fikir dah..semua jalan...tapi kawal juga kuantiti nya..hehehe then kitorang buat marhaban kat umah uncle wa by using sms..liriknya di sebarkan melalui sms dan kitorg melagukannya beramai2..hehehe
Selepas itu ada sesi bergambar..kesembilan anak-anak lelaki nenek berkumpul bersama..Alhamdulillah...selebihnya 4 orang perempuan..lepas itu sesi bergambar, cucu2 nenek yang bila dikira mengikut jari tangan dan kaki pun tak cukup..diikuti oleh menantu dan ipar2 yang lain..Alhamdulillah..then kitorg ke rumah Uncle Lan then ke rumah Abg Azhar..Beraya!




Kuala Pilah:Hijau.


Kuala Pilah : Saudara Mara belah ayah.


Kuala Pilah: Suasana Kampung di Pagi Raya!


Kuala Pilah: Sepupu2ku.


Johor : Anak-anak lelaki nenek.;)


Johor : Sepupu2 Permpuan.;)



Johor : Cicit-cicit nenek.


To be continued...


No comments: