Tuesday, October 6, 2009

Mimpi...


Orang cakap kalau kita bermimipi tentang sesuatu...jangan beritahu orang lain..takut-takut nanti mendatangkan riak atau aksi-aksi yang tidak diingini..boleh juga ia mendatangkan taksub kepada si pemimpi untuk mencari makna tersirat mimpi tersebut..Mungkin kita semua pernah alami bahawa suatu keadaan yang sedang kita alami sebenarnya pernah kita mimpikan sebelum berlaku nya keadaan itu..SubhanaAllah..Hanya Allah yang membenarkan semua itu terjadi..

Menurut sebuah buku tentang Mimpi karya RD Hidayat seorang penulis buku di Indonesia memberitahu bahawa masa kita bermimpi juga penting samada ia membawa maksud ataupun hanya mainan tidur..

  • bermimpi pada jam 18.00-22.00 disebut TITIYONI adalah impian khayal.tak ada makna.
  • Pada jam : 22.00-02.00 disebut CONDOYONI : adalah impiannya remaja; ada kalanya berfirasat dan ada kalanya dusta.
  • Pada jam: 03.00-06.00 disebut PUSPOTAJEM; umumnya mengandungi firasat

menurut buku itu lagi...

Kebanyakan mimpi yang perlu di firasati adalah mimpi antara jam 03.00-06.00.

Sebenarnya, pagi ini norra mengalami suatu keadaan yang belum pernah norra alami selama ini..Kerana mimpi itu norra bangun pagi dalam keadaan berpeluh-peluh dan menangis teresak-esak..memang sebak!tentang apa mimpi itu??Biarlah menjadi rahsia antara norra denganNya..Moga semuanya menjadi baik dan keadaan itu tersimpang jauh dari norra..

Istighfar...

1 comment:

bazilahamid said...

lola..be strong k..its just dream.
before tdo bace ape yg ptot.insyaAllah.xkan ape2..hee. ;))